Pada yang gemar meniru, ini ada situasi untuk tatapan anda..

Si Abu (bukan nama sebenar) sangat gemar meniru..ada peluang jer tiru, pastu bawak toyol masa test..Bak kata orang, dia lulus dan dapat markah tinggi hanya sebab meniru...

Si Bakar (bukan nama sebenar) sangat jujur. Meniru adalah tidak sama sekali..Baginya lulus dan gagal adalah ketentuan Allah SWT. Di takdirkan markahnya sederhana sahaja...Tapi layak la untuk mendapat kerja..

Suatu hari, setelah kedua2 pelajar ini habis belajar dan graduate daripada universiti, mereka pun submit resume mereka ke syarikat2 dan company2 yang sesuai untuk pohon kerja. Kebetulan syarikat Z telah menerima kedua2 resume tersebut. Dengan kuota untuk dipanggil interview adalah terhad, maka yang terbaik daripada kedua2 nya adalah dipilih untuk temuduga..

Memandangkan keputusan Abu lebih baik daripada Bakar, maka Abu dipilih untuk ditemuduga..dan ditakdirkan Abu berjaya....

Maka, begitulah, si Abu juga telah berjaya MENZALIMI Bakar tanpa pengetahuan nya...Gaji yang sepatutnya milik Bakar, akhirnya di kebas oleh Abu, si peniru..dan bekerjalah Abu di syarikat tersebut sehingga pencen bersama gaji yang diperolehinya..dan duit tersebut digunakan untuk nafkah anak dan isterinya...

Renung2 kan...

0 comments:

Post a Comment