Salam & Good day to all!
Test 2...
Akhirnya, saya dapat habiskan 'marking' paper untuk test 2. Namun begitu pelbagai isu-isu yang saya dapat rumuskan apabila saya check papers anda semua. Isu2 meniru tu biasalah, nak buat macam mana....dah memang student tidak boleh lari dari meniru. Satu perkara yang menjadi sebab kenapa kepala saya pening bila menanda kertas2 anda, adalah tulisan cakar ayam dan tidak teratur. Saya kadang2 tercari2 di mana jawapan yang sebenar, ataupun jawapan anda dah betul, tapi pada pandangan saya, nampak salah kerana tulisan yang bersimpul2. Anda menjawab soalan kerana inginkan markah, betul tak? Oleh itu, pastikan jawapan anda itu tersusun dan ada jalan cerita untuk saya fahami...Emosi boleh terganggu tau, kalo jawapan2 anda bercelaru..banyak kesan2 buruk nya nanti.
Final Exam...
Terlalu banyak rakan2 anda yang menghantar SMS dan ada pula yang call, mintak hint untuk final nanti. Itu belum dikira komen-komen dalam blog ini. Apa2 pun saya akan cuba mencoretkan serba sedikit berkenaan final exam paper nanti...
Sebenarnya tidak banyak yang boleh saya nyatakan di sini, kerana dah banyak saya bagitahu semasa dalam kelas. Anda mesti ingat, soalah final dah dibuat lama. Sebenarnya masa yang terbaik untuk minta hint adalah semasa pensyarah sedang membuat soalan final. Bila tiba dihujung semester, kadang2 pensayarah dah tak ingat soalan2 mereka untuk final (macam saya). Sebab tu, apa yang saya duk tekan2 dalam kelas, itu lah yang mungkin ada dalam final nanti. Menjadi dilema pula untuk saya bagi hint..kang takut tersalah, karang ada plak yang study 'bagai nak rak', tetapi tak masuk dalam final..
Mungkin yang boleh saya cuba nyatakan, latihan2, assignments2 dan quizzes memang banyak membantu untuk solves soalan mechanical vibrations. Ini matematik, bukan soalan sejarah yang nak kena pilih2 nak hafal. Saya memang tak boleh bantu orang yang pilih nak study last minute. Susah sangat nak bantu, sebab panjang nak citer..Satu lagi, tak payah nak study hint lah kalo Equation of Motion pun tak tahu dan tak pandai nak derive!! Maaf, marah sikit sebab tengok test 2 ramai yang kantoi EOM.
Emm saya boleh nyatakan disini, analysis yang perlu korang buat untuk final nanti mungkin sampai 2 DOF sahaja. Tetapi analysis yang saya ajar untuk 3 DOF pun boleh digunakan untuk selesaikan 2 DOF, contohnya stiffness influence coefficient matrix. Apa2 pun untuk harmonically excited vibration, anda boleh jangkakan case 1 dan case 2. Satu lagi, balancing kemungkinan besar tak masuk kot..tinggallah whirling shaft yang korang perlu tekankan...
Finally, anda juga boleh expect that, analysis 2 DOF for torsional system...
Setakat ini lah yang saya boleh nyatakan. Studylah semuanya, kalo boleh biarlah sampai total response.
Seperti yang saya dah sebutkan tadi, tak payah nak study hint sangat, kalo EOM dan FBD pun tidak boleh buat..Apa yang simple2, hafal lah. Teknik nak calculate quardatic equation ngan calculator pun tolonglah belajar. Saya hanya beritahu apa yang berkaitan part saya..bahagian Dr Mus, anda boleh approach beliau..Ingat, isu tak cukup masa hanya timbul seandainya anda tidak menggunakan kaedah yang tepat untuk selesaikan soalan!
Sekian sahaja buat masa ni..
*Carry Marks dalam proses nak upload. Sapa2 yang berminat jer boleh download.
Navigation
About Me
- Mohd Hafizi Bin Zohari, M.Eng (UKM), B.Eng (UKM)
- Lecturer, Mechanical Vibrations & Acoustics Research Group, Faculty of Mechanical Engineering, Universiti Malaysia Pahang
Lets talk!
Followers
Final Exam.....BMM 3553!!
Posted by
Mohd Hafizi Bin Zohari, M.Eng (UKM), B.Eng (UKM)
on Thursday, April 29, 2010



0 comments:
Post a Comment